Nuffnang Ads

Wednesday, January 1, 2014

Gadjet Baby Yang Amat Berguna

Assalamualaikum..

Baru2 ni Adik Iya ade batuk2 dan selesema.. Nafas die berbunyi punye lah kuat. Sue risau sangat. Bawak g klinik, doktor tue pun macam tak nak bagi ubat sbb Sue masih lagi menyusu badan.. Lagi pun baby lagi kan.. Tak sesuai nak bagi ubat.  Tapi die bagi gak ubat tu..

N die ade gak tunjuk cara nak bantu bayi keluarkan kahak iaitu dengan teknik percussion.. Tepuk2 belakang bayi dengan tangan membulat macam mangkuk (paham2 sendiri lah. heheh)..  Masa die ajar tu, Sue terus teringat yang Sue ade satu gadjet yang boleh digunakan untuk buang hingus die..

Ape die gadjet tu?? Tadaaaa..


Ini lah dia namanya Pigeon Nasal Aspirator.. Sebab apa ianya berguna?? Sebab ia mampu menyedut hingus Adik Iya dengan banyak sekali.. Mase die selesema tu, 3 kali je Sue gune mende ni, terus Adik Iya baik dari selesema.. Alhamdulillah.. Tak rugi Sue melabur untuk gadjet ni..

Sebelum ni Sue beli nasal aspirator yang jenis picit2 tu. Tapi sikit pun tak keluar hingus. Kalau keluar pun, setitik je. Tak berkesan sangat. So, ke tong sampah la jawabnye.

Cara nak gune nasal aspirator pigeon ni, adelah letakkan lubang kat botol tu pada lubang hidung anak dan sedut tiub yang disediakan tu. Jangan risau.. Hingus tu tak kan masuk dalam mulut kite lah.. Kalau masuk pun, ape salahnya.. Anak sendiri kan.. Sebelum tu, pastikan anak dalam keadaan tegak.

Lebih kurang macam ni la caranya.


Kat mana nak beli Pigeon Nasal Aspirator ni?  Banyak kat Aeon, Manjaku, n segala kedai baby yang ade section Pigeon.. Sue beli kat Manjaku. Masuk2, terus g section Pigeon, n terus nampak nasal aspirator ni.. Kalau tak salah harganya dalam RM16.90.. Walaupun agak mahal sikit, tapi ianya berbaloi nak dibandingkan dengan yang picit2 tu.  Memangla murah, tapi kalau tak function baik tak yah kan?

Ok.. Itu je entry kali ni..

Teruja Nak Bagi Pakai Tudung


Assalamualaikum U Olls..

Adik Iya dah nak satu tahun la hari ni.. Walaupun belum sampai tarikh rasminya lagi, die tetap dikire setahun pada tahun 2014 ni.. Papepun, Selamat Tahun Baru Sue ucapkan untuk semua..

Sebenarnya, bile ade anak perempuan ni, mak die lah yang paling excited nak beli sepit rambut la, getah rambut la, nak hias rambut anak tu.  Sue pulak mmg dekat sume anak sedara Sue, Sue excited nak bagi pakai tudung termasuk lah anak Sue sendiri.. Sian dorang.. Kecik2 dah kene buli ngan Sue. Hehe..

Kat sini Sue nak share gambar Adik Iya bertudung..

Ni masa die baru 26 hari.. Sue dah buli die pakaikan tudung napkin.. Heheh..

5bulan 3minggu 3hari dah saya.. Dah boleh pakai tudung dah.. Huhu
Comel tak saya??
Ape yang bestnya, die tak merengek or mengamuk pun time Sue bagi pakai tudung ni tau.. Tapi sekejap je la Sue bagi pakai pun.. Just nak ambik gambar je..

Ok.. Babai...

Adab Block Memblock Kete Orang Lain

Assalamualaikum..


Kat sini Sue nak cerita sikit kisah sedih yang berlaku kat Sue, En. Somi dan adik2 ipar Sue Sabtu lepas.. Kisah sedihnye ialah kete Sue kene block oleh seorang cina UMobile yang macam #@%&*...

Kisahnya bermula bile kitorang bercadang nak balik kampung kat Kedah pada pagi2 pukul 2.  Sebab husband Sue tak berani balik malam sebab jalan kat Gerik tu curam. Gaung kiri kanan.  So, kitorang pun plan la nak tido dulu and gerak dalam kol 2 pagi esoknya..

Pagi tu, kitorang pun turun la.. Tup tup, tengok2 kete kitorang dah kene block.. Siap tarik handbrake agi.. Terbakar giler ase. Pastu nampak die letak name card.  Lega rase.  Tapi yang tak bestnye, beratus ribu kali kitorang call, langsung die tak angkat.  Bek tak payah letak name card kan kalo tak reti nak angkat.

Setelah kitorang cube gak tolak kete tu, tapi tak berjaya, akhirnya kitorang mengalah.  Terpaksa tangguh balik kg kepada pukul 7 pagi sok nya.. Kendian, kitorang naik la rumah balik, rumah terkunci lak. Adik Ipar Sue tak bawak kunci die adik ipar Sue sorang lagi yang dok lam umah tu dah keluar la pulak.. Terpaksa la tunggu kat luar rumah sampai adik ipar Sue balik.

Pagi tu, kol 9.30 pagi, baru kitorang turun sebab terlajak tido.. hehe.. Igtkan turun tu dapat la terus balik kg.. Upenyer tidak.. Kete tu masih memblock kete Sue.  N nasib baik call kali ni die angkat. Bile die dah datang, die just mintak maaf, and terus blah pegi keje.. Ish2.. Camne la kalau kitorang turun kol 7pg tadi. kompirm die tak bangun lagi n takkan angkat phone.

Ni kete cine UMobile tu.


See.. Nampak tak.. En. Somi nak ke depan tak leh, belakang pun tak leh.

Pandai letak name card, tapi bile call, tak angkat2..

Handbrake pun tarik..

So, dikesempatan ini, setelah puas Sue membebel2, Sue nak share sikit adab memblock kete orang lain.

  • First of all, jangan tarik handbrake.  Ianya untuk memudahkan orang yang diblock ketenyer untuk mengalihkan kete anda dengan mudah.
  • Kalau misal kata jalan kawasan anda parking tu berbukit, janganla tak tarik handbrake lak. Kang masuk gaung kang, Sue tak bertanggungjawab. Jangan claim kate Sue lak yang suruh lepas handbrake. Huhu.. So, tarik lah handbrake, dengan syarat tinggalkan namecard anda ataupun contact number anda. Jangan biar tuan kete yang kene block mati kutu tak tau nak wat ape.  Atau pun, kalau nak lepas handbrake jugak, sendal tayar anda dengan batu.
  • Bile dah letak name card tu, jangan la pulak g silent phone tu, mmg tak de maknenye la lau camtu kan. 
  • Kalau anda rase anda nak parking lame, jgan la blok kete orang lain. Kang tak pepasal bercalar kete, kene sumpah seranah ngan orang.. Carilah parking yang proper ok. 
  • Lastly, letakkan diri anda di tempat empunya kereta yang kene block tu.. Pernah pk tak ape perasaan dorang bile tengok kete kene block?? Macamane kalau diorang ade emergency?? Tak pasal2 anda jadi penyebab diorang terlewat ke tempat emergency tu.. Suke ke anda kalau anda yang jadi camtu??
Rasenyer itu je la kot.. Senang je kan.. Bukan susah pun kan.. Plis, jangan selfish ok... 

mY dEaR fOlLoWeRs.. LoVe U oLLs.. =)